Sabtu, 19 Julai 2014

SCAM ALERT: Mencari pekerjaan diluar negara

Menjanjikan pekerjaan di luar negara dengan gaji yang lumayan merupakan sebahagian taktik yang digunakan oleh sindiket penipuan untuk menjerat mangsa yang sedang mencari pekerjaan. Bermodalkan JANJI pekerjaan palsu, sindiket ini telah meraih keuntungan dengan mudah dan cepat.

Modus Operandi

1.  Sindiket mendekati orang ramai dan menawarkan pekerjaan di luar negara dengan menjanjikan gaji lumayan dalam mata wang asing.

2.  Mangsa yang berminat dikehendaki membuat bayaran permohonan sebanyak RM350 dan dijanjikan wang tunai berjumlah RM20,000 sebelum berlepas ke tempat kerja (luar negara).

3.  Untuk lebih meyakinkan mangsa, ahli sindiket akan meminta mangsa menghantar beberapa dokumen seperti salinan kad pengenalan, passport, buku akuan dan gambar berukuran passport kononnya untuk proses kemasukan.

4.  Proses dan keperluan yang diminta sindiket membuatkan mangsa merasakan tawaran tersebut adalah sahih dan mangsa hanya menyedari tertipu apabila suspek menghilangkan diri dan pekerjaan yang dijanjikan tidak wujud.

‘ROBIN HAI’ AKHIRNYA DITAHAN POLIS SINGAPURA


Bukit Aman, 18 Julai – Penjenayah paling dikehendaki polis ‘Robin Hai’ akhirnya ditahan di Lapangan Terbang Changi, Singapura yang baru tiba dari Bangkok, Thailand dengan menaiki penerbangan Thai Airways, empat hari lalu.


‘Robin Hai’ atau nama penuh Nyo Ah Hai merupakan antara yang dikehendaki oleh polis INTERPOL berkaitan kesalahan curi dan lupus kenderaan curi di negara Singapura.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohmad bin Salleh berkata Robin Hai menggunakan pasport antarabangsa palsu untuk keluar/masuk negara Malaysia.


400 ANGGOTA PGA SARAWAK BANTU JAGA KESELAMATAN DI ESSCOM

Kuching, 18 Julai - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak hari ini menghantar 200 lagi anggota bagi membantu usaha menjaga keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), menjadikan jumlahnya kini 400 anggota.


Komander PGA Briged Sarawak Datuk Isa Munir berkata semua anggota itu akan bertugas untuk tempoh dua bulan sebelum mereka diganti dengan anggota lain.


Beliau berkata dua hari lepas 200 anggota PGA daripada Batalion 11 PGA pulang daripada tugasan di Sabah, dan mereka sudah diganti dengan anggota daripada Batalion 12.


"Hari ini 200 lagi anggota dari Batalion 10 PGA berlepas ke Sabah untuk membantu, sementara itu penugasan kita di sini (Sarawak) tidak terjejas kerana ada sembilan kompeni di sini," katanya dalam persidangan media di sini hari ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...