Sabtu, 30 Januari 2016

SPRM Tahan Pensyarah Wanita Kes Seleweng RM14 Juta

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pensyarah wanita yang disyaki terbabit dalam penyelewengan tuntutan peruntukan penganjuran program membabitkan nilai kira-kira RM14 juta.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM negeri di Bangunan Persekutuan, di sini, kira-kira pukul 11 pagi Rabu.

Menurut sumber, suspek yang juga pensyarah kanan di sebuah universiti awam di utara dikatakan melakukan kesalahan berkenaan ketika menjadi Pengarah Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC).

Pergaduhan Di Kedai Keranda Berakhir Dengan Kematian

GEORGE TOWN: Seorang pekerja sebuah kedai keranda dibunuh rakannya sendiri ketika sedang berehat.

Mangsa, berusia 68 tahun yang dikenali sebagai Majim, sedang tidur di kedai itu di Carnarvon Street kira-kira pukul 1 pagi Jumaat apabila suspek yang berusia 41 tahun mendekatinya dan memukul kepalanya dengan tongkat besi.

Majin telah bekerja di kedai itu selama hampir lapan tahun manakala suspek baru sahaja berkerja di situ kira-kira sebulan  lalu.

Lelaki Ditemui Mati Dipercayai Dipukul Dengan Besi

GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai dipukul dengan sebatang besi di sebuah kedai Perkhidmatan Pengebumian, di Lebuh Carnavon di sini awal pagi Jumaat.

Mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Maniam, 60-an, itu dijumpai berlumuran darah di atas kerusi di bahagian hadapan dalam kedai itu pada 4.30 pagi.
"Terdapat kecederaan kesan hentakan dengan benda tumpul dan keras di kepalanya. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui tetapi menurut beberapa saksi, lelaki itu tinggal di sekitar kawasan berkenaan," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid di sini Jumaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...