IPOH - Polis
Perak akan terus MEMANTAU PERKEMBANGAN IDEOLOGI EKSTREMIS
serta KECENDERUNGAN MENYOKONG
PERGERAKAN PENGGANAS SEPERTI GERAKAN HARIMAU
PEMBEBASAN TAMIL EELAM (LTTE), KOMUNIS
DAN MILITAN DAESH.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata,
pihaknya melalui risikan yang dilakukan oleh Cawangan Khas akan terus memantau pergerakan aktiviti kumpulan-kumpulan ekstremis
tersebut.
Menurutnya, secara keseluruhan, keadaan keselamatan di Perak masih dalam keadaan terkawal.
"Namun
demikian, PDRM perlu sentiasa berjaga-jaga dengan beberapa perkara yang
dibimbangi boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam.
"Selain
itu, pemantauan kegiatan jenayah berunsur penyeludupan dadah, imigran dan perkara-perkara
yang boleh menjejaskan keselamatan serta ekonomi negara perlu
dipertingkatkan," katanya ketika
berucap sempena Perhimpunan Bulanan Kontinjen Perak bagi Bulan Januari 2020 di
perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.
Dalam pada itu, Razarudin berkata,
kadar keseluruhan kes jenayah di Perak pada tahun 2019 mencatatkan penurunan
sebanyak 4.2 peratus iaitu 216 kes berbanding tahun sebelumnya.
Katanya, antara PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN
pada 2019, Polis Perak menerusi JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK
BERJAYA MENUMPASKAN ENAM MAKMAL DADAH di negeri ini dengan nilai
harta yang disita berjumlah RM4.75 juta iaitu peningkatan sebanyak 120 peratus
berbanding tahun 2018.
Bersambung:
BERSAMBUNG DAN KLIK DISINI