Ahad, 16 September 2012

Kebas mesin ATM


SEREMBAN: Hanya 45 minit diperlukan sekumpulan perompak bermodalkan tukul besi dan cat hitam melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bersama wang tunai RM150,000 di sebuah bank di Seremban 2, di sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian antara jam 3.15 dan 4 pagi itu, kumpulan penjahat itu bertindak menggunakan tukul besi bagi memecahkan satu daripada cermin bank berkenaan untuk mengeluarkan mesin ATM itu.


Suspek dipercayai menggunakan kenderaan besar untuk menarik keluar mesin ATM itu sebelum dilarikan. Bagaimanapun, pada jam 11 pagi, mesin ATM itu ditemui di Jalan Labu berhampiran sebuah ladang sebelum pengurus ladang itu menghubungi pengurus bank yang memaklumkan kepada polis.



Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, sepasukan anggota polis dikerah ke ladang itu sejurus menerima maklumat.


Tauke tayar, kekasih dibunuh

Gambar hiasan

KAJANG: Seorang ahli perniagaan yang mempunyai rangkaian kedai tayar di sekitar Lembah Klang dan teman wanitanya ditemui mati dibunuh dengan kesan tetakan pada badan, tangan dan leher di rumahnya di Taman Segar Perdana, di sini, malam kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Leong Kian Sheong, 37, dan Vivien Wong, 20, ditemui terbaring berlumuran darah dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah, kira-kira jam 10 malam. 


Lagi cubaan rompak mesin ATM

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Satu lagi cubaan merompak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dilaporkan berlaku, kali ini di sebuah pasar raya di Cheras di sini, awal pagi tadi. 

Namun dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, penjenayahnya gagal memecah mesin terbabit yang terletak di tingkat bawah dan sekaligus gagal melarikan wang di dalamnya. 

"Sebuah mesin ATM cuba dipecahkan dengan menggunakan alat kimpalan. Semasa polis tiba, terdapat dua tong gas dan peralatan kimpalan untuk membuka mesin tersebut yang ditinggalkan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). 

Polis meneruskan siasatan kes terbabit, katanya. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...