Ahad, 28 Disember 2014

Mayat Warga Asing Ditemui Di Bukit Mertajam


BUKIT MERTAJAM: Satu mayat warga asing yang hanya berkain pelekat ditemui berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Gajah Mati menghala ke Junjung di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Rusli Mohd Noor berkata mayat lelaki berusia 30-an itu tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui pukul 1.45 tengah hari oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

"Tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah dikesan. Setakat ini kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mayat telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Warga Myanmar Ditemui Mati Dengan Kesan Kelar


KUALA LUMPUR: Seorang warga Myanmar ditemui mati dengan kesan kelar pada lehernya di Menara Tinjau Ampang dekat sini awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui seorang pengutip besi buruk yang kemudiannya memaklumkan kepada polis.


Beliau berkata mangsa dipercayai dihentak dengan objek keras pada bahagian lehernya selain kesan kelar yang dalam.

Mangsa merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...