Sabtu, 3 Mei 2014

SINDIKET KAUT UNTUNG RM17.9 JUTA


Sindiket jenayah siber antarabangsa berpangkalan di Hong Kong dan Taiwan menipu 560 rakyat Malaysia dan mengaut keuntungan RM17.9 juta dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.


Dalam tempoh sama tahun lalu, sindiket dikenali ATM Ekspres ini menipu 323 mangsa menggunakan keldai akaun tempatan membabitkan kerugian RM6.7 juta.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (Jenayah Siber dan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din, berkata sindiket itu menggunakan modus operandi mencari keldai akaun dengan mengiklankan jawatan kosong menerusi akhbar tempatan.

SUMBER : BERITA HARIAN

Pengurus Ladang Ditemui Mati Dibunuh

Kepala Ditutup Plastik, Kaki, Tangan Diikat

SEREMBAN: Seorang pengurus ladang ditemui mati dengan kepalanya ditutup plastik dan kaki serta tangannya diikat di Ladang Perhentian Tinggi, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini.

Mayat Lau Ah Kaw, 72, ditemui pekerjanya kira-kira 10 meter dari pagar rumah banglonya kira-kira pukul 6.30 pagi, Jumaat.

"Dia dipercayai keluar dari rumah pukul 6.20 pagi untuk ke pejabat ladang yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Beberapa pekerja terdengar jeritannya dan bunyi bising dari bahagian depan pagar, namun tidak perasan apa-apa berlaku kerana keadaan sekitar yang gelap.

"Mereka kemudiannya menghubungi pengawal di pondok berdekatan pejabat itu dan menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa," kata seorang daripada pekerja berkenaan yang enggan dikenali.

Dompet mangsa dikatakan turut hilang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner (ACP) Zainal Abu mengesahkan penemuan mayat mangsa.


Sumber:mstaronline
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...