Jumaat, 25 Januari 2013

Mayat Lelaki Ditemui Terdampar Di Jeti LKIM Kuantan

Gambar hiasan takut jangan tengok

KUANTAN: Mayat seorang lelaki ditemui terdampar di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat Kemunting di sini, petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mayat lelaki berketurunan India berusia lingkungan 30-an itu ditemui nelayan pada 2.14 petang sebelum melaporkannya kepada polis.
Katanya hasil pemeriksaan, terdapat kesan luka akibat ditoreh senjata tajam pada badan mangsa.
"Setakat ini, tiada sebarang pengenalan ditemui pada mangsa," katanya ketika dihubungi di sini Khamis.
Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk dibedah siasat.BERNAMA

Ibu bapa William Yau diminta buat pengecaman


KLANG: Polis memanggil ibu bapa William Yau Zhen Zhong, 6, untuk pengecaman mayat budak yang ditemui di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, malam ini.
Yau Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying diminta hadir ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk membuat pengecaman ke atas mayat kanak-kanak terbabit. 
Mayat budak lelaki berusia dalam lingkungan 6 hingga 7 tahun itu ditemui seorang lelaki tersangkut pada bahagian bot di Jeti Sungai Sireh, kira-kira jam 7.15 malam tadi. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...