TAPAH - Seorang pengusaha restoran bukan sahaja berdepan dengan detik-detik cemas malah mengalami kerugian sebanyak RM30,000 apabila disamun sekumpulan individu menyamar di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Dupeti Superitenden, Abdullah Arshad berkata, kejadian berlaku pada Selasa lalu, kira-kira jam 4 petang di Simpang Bidor Tahan setelah mangsa menyelesaikan urusannya di salah sebuah bank di Bidor.
Katanya, mangsa berusia 58 tahun bersama-sama anak lelakinya berusia 20-an dalam perjalanan pulang, kemudian kenderaan mereka dihimpit dengan sebuah kereta jenis Nissan.
Menurutnya, kereta yang dipandu mangsa diarah berhenti di tepi jalan oleh suspek dan mereka menuruti arahan berkenaan kerana menyangka suspek anggota polis.
Beliau berkata, setelah kereta mangsa berhenti, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an memakai vest polis turun dan menghampiri mereka.