Selasa, 5 Mac 2013

Isu Lahad Datu: Terkini, 20 Pengganas Sulu Terbunuh


ops-sulu[1]
Setakat ini 20 orang pengganas Sulu telah terbunuh dalam serangan besar-besaran oleh pasukan keselamatan negara dan mayatnya telah ditemui di sekitar Kg Tanduo, Lahad Datu. (sumber: Utusan Online)

Ini bermakna sehingga kini 38 pengganas Sulu berjaya dibunuh termasuk 12 orang yang berjaya ditembak mati semasa pertempuran pertama di Lahad Datu dan 6 orang lagi ditembak mati ketika pertempuran kedua di Kpg Sri Jaya, Simunul, Sampoerna.

Menurut laporan oleh Utusan Online juga, pihak keselamatan masih meneruskan usaha-usaha penggeledahan bagi mencari saki baki pengganas yang masih hidup atau yang telah terbunuh.

YANG DIPERTUAN AGONG UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN


KUALA LUMPUR, 4 Mac - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia yang terkorban semasa menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka amat berdukacita di atas kehilangan pahlawan negara tersebut.

Seri Paduka juga berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...