Isnin, 2 Julai 2012

Seorang sarjan untuk satu rukun tetangga


KUALA LUMPUR — Dalam mengurangkan jenayah seperti curi motosikal, gangsterisme dan ragut, Polis Daerah Cheras hari ini mengumumkan akan menempatkan seorang sarjan polis bagi setiap satu kawasan Rukun Tetangga untuk bekerjasama mengurangkan jenayah di daerah itu.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, sarjan polis yang ditempatkan bagi setiap rukun tetangga itu berperanan bagi membantu penduduk di kawasan Rukun Tetangga berkenaan dan sebagai tempat rujukan sekiranya berlaku kejadian jenayah.
"Di daerah Cheras, ada 66 rukun tetangga dan setiap Rukun Tetangga kita akan tempatkan seorang sarjan bagi membantu Rukun Tetangga, sekiranya berlaku kejadian jenayah, Rukun Tetangga akan melaporkan kepada sarjan yang telah dilantik di kawasan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Penyelarasan PDRM dan Rukun Tetangga Cheras.— BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...