Isnin, 22 Oktober 2012

Warga Emas Mati Ditembak Dihadapan Isteri & Pembantu Rumah

Anggota polis memeriksa kereta Perodua Myvi seorang warga emas yang mati ditembak di dalam kereta di hadapan rumahnya dalam kejadian pukul 9.10 pagi di Jalan Desa Permai, Taman Desa di sini, Ahad.-Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas mati ditembak ketika berada dalam kereta di hadapan rumahnya dalam kejadian kira-kira 9.10 pagi Ahad di Jalan Desa Permai, Taman Desa dekat sini.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata, ketika kejadian, mangsa Fong Yen Chong, 72, bersama isteri serta seorang pembantu rumahnya baru memasuki kereta jenis Perodua Myvi untuk ke pasar sebelum ditembak seorang lelaki bertopeng.

Warga emas kena pukau


Warga emas kena pukau
ROMPIN – “Mak long, pak long cepatlah beli ubat sebab hari dah nak hujan,” demikian rayuan seorang wanita dan seorang lelaki sebelum memukau pasangan warga emas di sebuah rumah di Kampung Sungai Meranti, di sini, baru-baru ini.

Kata-kata manis itu menyebabkan Mat Isa Jusoh, 77, dan isterinya, Maimunah Amin, 76, terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan itu hingga menyebabkan mereka hilang RM800.

Mat Isa berkata, kira-kira jam 12 tengah hari, dia yang duduk di dapur bersama isterinya didatangi seorang lelaki kononnya ingin menjual perisa minuman kurma dan oren sambil mendakwa ia boleh mengubati pelbagai penyakit kronik.

Pasang CCTV sendiri tangani kecurian

Pasang CCTV tangani kecurian
Bilik kawalan CCTV yang ditempatkan di dalam Masjid Al- Mustaqim.

KUALA NERUS – Dek kerana tidak tahan dengan kes kecurian barangan berasaskan besi dan tembaga, Jawatankuasa Masjid Al-Mustaqim, di sini, terpaksa mengambil pendekatan dengan memasang rakaman litar tertutup (CCTV) serta menggantikan peralatan seperti kepala paip besi kepada plastik.

Kes kecurian di kawasan masjid berkenaan yang dilaporkan berlaku hampir setiap minggu itu bukan sahaja mengundang masalah kepada jawatankuasa masjid, malah jemaah yang lain akibat ketiadaan kepala paip untuk mengambil air sembahyang serta penutup longkang yang dilarikan penjenayah terbabit.

Bagaimanapun, setelah CCTV dipasang kira-kira tiga bulan yang lalu, masalah membabitkan kecurian tidak lagi berlaku dan nyata langkah yang dibuat jawatankuasa masjid yang mengeluarkan belanja kira-kira RM3,000 lebih untuk membeli peralatan keselama-tan berbaloi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...