Rabu, 13 Ogos 2014

Polis Kesan Individu Sebar Dakwaan Berlaku Pergaduhan di Ipoh


IPOH: Polis Perak sedang mengesan individu yang menyebarkan dakwaan di laman sosial kononnya berlaku pergaduhan di antara kaum di bandar raya ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, polis sedang menyiasat perkara itu dan akan mengenakan tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan dakwaan itu.

"Kita (polis) akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka di bawah Akta Hasutan, Akta Jenayah Komputer, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta di bawah Kanun Keseksaan terhadap mereka yang menghasut dan mereka-reka cerita," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, Isnin.

#Pengedaran Dadah: Keldai Dadah Pakistan Tumpas


KUALA LUMPUR: Penahanan dua rakyat Pakistan yang melekatkan bungkusan dadah yang keseluruhannya seberat 6.3 kilogram (kg) pada betis masing-masing membongkar trend terbaharu penyeludupan bahan terlarang itu di negara ini.

Kedua-duanya lelaki berusia antara 27 dan 29 tahun yang dipercayai keldai dadah itu ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan, polis merampas dua bungkus heroin yang masing-masing seberat 3.1 kg dan 3.2 kg yang dilekatkan di kanan dan kiri betis rakyat Pakistan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...