Selasa, 25 September 2012

Pelajar Nigeria miliki 99 keping US$100 palsu


KUALA LUMPUR — Seorang pelajar Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan memiliki 99 keping wang kertas palsu berjumlah US$9,900, awal bulan lepas.
Ofili Daniel Chukwuka, 37, didakwa memiliki wang kertas US$100 yang kesemuanya berjumlah US$9,900 yang didapati palsu di Blok C-6-5F Faberia Condo, Jalan Desa Utama, di sini pada 12 tengah hari, 3 September lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 489(C) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Hakim Mahmud Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM45,000 dengan dua penjamin warga Malaysia dan dia juga perlu melaporkan diri dua minggu sekali di balai polis berdekatan.
Beliau menetapkan 24 Oktober untuk sebutan semula kes. Tertuduh membayar jaminan itu.— BERNAMA

Jawatankuasa khas siasat penyaluran dana asing


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Kerajaan disaran menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat jenayah penyaluran dana asing yang boleh mengganggu keselamatan negara, kata Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.

"Penyaluran dana asing secara haram kepada golongan yang secara terang-terangan terlibat dalam gerakan antikerajaan adalah satu ancaman ke atas keselamatan negara kita.

"Ini bukan isu politik tapi isu keselamatan negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Perompak curi mesin ATM merebak ke Sabah

Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Tindakan enam perompak bertopeng melarikan sebuah mesin juruwang wang automatik (ATM) di sebuah bank di Alam Mesra Jalan Sulaman, dekat sini, menggunakan kenderaan Toyota Hilux, tidak berjaya, awal pagi semalam.

Sebelum kejadian, kumpulan perompak terbabit dikatakan memecahkan cermin di tepi bank berkenaan sebelum dua lelaki yang memakai topeng masuk melalui cermin yang dipecahkan itu, jam 3.50 pagi. 

Menurut sumber, dua lelaki terbabit kemudian mengikat sebuah mesin ATM di tengah menggunakan tali tunda sebelum pemandu kenderaan Toyota Hilux bersama tiga lagi rakan di dalam kenderaan itu cuba menarik mesin berkenaan. 

Shahrizat minta peruntukan lebih untuk PDRM tangani jenayah seksual

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Wanita Barisan Nasional (BN) meminta kerajaan menambah peruntukan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Belanjawan 2013 bagi membolehkan pasukan itu memperkukuhkan siasatan berhubung jenayah seksual, keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak. 

Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata perhatian perlu diberi kepada usaha melatih lebih ramai pegawai penyiasat serta menaik taraf penyelidikan dan pembangunan, terutama peralatan terkini untuk siasatan forensik. 

Dalam kenyataan hari ini, beliau juga menyarankan penubuhan pasukan polis awam selain meningkatkan rondaan berkereta dan penambahan kamera litar tertutup (CCTV). 

Belanjawan 2013 akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Jumaat ini di Parlimen. - BERNAMA 

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Menipu Dan Terima Rasuah


SEREMBAN: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan menipu dan dua tuduhan menerima rasuah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, membabitkan pemberian kerja menyelenggara beberapa kuarters kediaman, balai dan pondok polis di sekitar daerah Port Dickson, dekat sini, tiga tahun lalu.
Lans Koperal Zulkifli Mohamed, 49, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.
Zulkifli menghadapi enam pertuduhan menipu iaitu dengan curang memperdaya seorang ahli perniagaan Norzahri Hashim, 35, bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan itu yang keseluruhannya bernilai RM178,254.

Ahli Perniagaan Mati Dibunuh Beberapa Jam Selepas Berkahwin

Gambar hiasan

JOHOR BAHRU: Masa depan satu pasangan yang baru sahaja berkahwin berakhir dengan tragedi apabila pengantin lelaki ditetak oleh sekumpulan lelaki beberapa jam selepas perkahwinan berlangsung.
Pemilik kedai alat gantian, Allan Tee Kok Weng, 36, dan pengantin perempuannya Shiau Ting, dalam 30an, baru sahaja pulang ke rumah selepas makan malam perkahwinan mereka di Taman Daya di sini pada Ahad untuk menukar pakaian sebelum keluar semula bersama rakan-rakan.

Ketua Pemuda Umno Kepong ditikam oleh dua penyerang di luar rumahnya.

ISTERI kepada Datuk Norizan Ali (gambar kecil), Datin Roslinda Kamaruddin hadir bersama anak perempuannya untuk melihat keadaan suaminya di Hospital Ampang. - Foto NSTP/Aizuddin Saad
Ketua Pemuda Umno Kepong Dalam Keadaan Kritikal Tetapi Stabil


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali, 41, kini dalam keadaan kritikal selepas beliau ditikam oleh dua penyerang di luar rumahnya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, insiden itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 pagi selepas mangsa pulang ke rumah daripada menonton perlawanan bola sepak (Arsenal lawan Manchester City) bersama rakan-rakannya di kedai mamak kira-kira 1.5 kilometer dari rumah beliau di Jalan Dagang 2/4, Taman Dagang di Ampang Jaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...