Gambar hiasan |
GEMAS,
10 Ogos (Bernama) -- Mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah beg pakaian yang
dimangga dan diikat dalam longkang di Taman Gemas Jaya di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Kooi Cheang berkata
mayat itu ditemui oleh seorang pekerja kedai perabot pada kira-kira 5 petang.
"Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota
termasuk Unit Forensik bergegas ke tempat kejadian. Pemeriksaan menemukan mayat
seorang wanita berusia 20-an memakai baju-T Mickey Mouse dan berseluar biru.
"Terdapat kesan luka sepanjang enam sentimeter
pada dahi mangsa dipercayai akibat hentakan benda tumpul manakala kedua-dua
tangan terdapat kesan lebam dan dua jari tangan kiri hancur.