Ahad, 22 Jun 2014

PENUNGGANG M/SIKAL MATI DITEMBAK

Gambar hiasan
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki mati di tempat kejadian selepas ditembak di Taman Songket di sini, malam Jumaat.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, M.Gurubaran yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke Taman Keladi.

Lelaki berusia dalam lingkungan 20 an itu terkena beberapa das tembakan dan terjatuh daripada motosikalnya.

Sumber berkata, sekurang-kurangnya dua suspek terbabit dalam kejadaian itu dan pihak polis sedang menjejaki mereka.

Kata sumber itu lagi, mangsa mengalami kecederaan parah akibat tiga das tembakan pada bahagian bahunya.

Pengusaha Kelab Malam Ditembak Di Permas Jaya


JOHOR BAHARU: Seorang pengusaha dan pengurus kelab malam mati ditembak dalam satu kejadian di Jalan Permas 10, Permas Jaya, awal Sabtu.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian 2.15 pagi itu, lelaki berusia awal 40-an dan dikenali sebagai Kessu itu ditembak mati oleh suspek yang menaiki motosikal.

Katanya, mangsa yang memandu Toyota Harrier berwarna putih berhenti di depan sebuah lori kecil penjaja untuk memesan makanan dan ketika itu dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal berhenti di belakang kenderaannya.

"Pembonceng motosikal terus meluru ke arah mangsa yang masih berada dalam kenderaannya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kepalanya dari jarak dekat menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," kata Sulaiman dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, motif pembunuhan masih disiasat.

Sulaiman berkata, siasatan akan dijalankan dari segenap aspek termasuk latar belakang, penglibatannya dalam perniagaan serta masalah kewangan atau peribadi dan kemungkinan yang lain.

Bagi membantu siasatan, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian HotLine Ibu pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan di talian 07-2218 999.

Lelaki Maut Dipukul Di Pusat Hiburan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan meninggal dunia akibat dipukul di First Avenue Bandar Utama, di sini awal Ahad.
Ketua polis Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata sebelum kejadian pada 2 pagi itu, Tan Bon Hock, 46, bersama tiga rakannya, bertengkar dengan tiga suspek berhampiran tandas sebuah pusat hiburan di situ.
"Menurut rakan mangsa yang menyaksikan kejadian itu, seorang daripada suspek kemudian mendapatkan mangsa dan memukul, menendang serta menumbuknya," kata beliau.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...