Selasa, 3 Mac 2015

Timbalan Ketua Pemuda MIC Hulu Langat Parah Terkena Enam Das Tembakan


KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Timbalan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat cedera parah selepas terkena enam das tembakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko, Kajang tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata ketika kejadian 12.46 tengah hari itu, mangsa M. Thanabalan, 38, yang menaiki kereta Honda Accord sedang berhenti di lampu isyarat sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal jenis Yamaha LC berwarna putih.

"Salah seorang daripada mereka kemudian melepaskan tembakan yang mengenai bahu kanan, pipi kanan dan dada kanan mangsa," katanya kepada Bernama.

Lelaki Maut Ditembak Jarak Dekat

Gambar hiasan
GEORGE TOWN, 2 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut ditembak dari jarak dekat di Jalan Scotland di sini, Isnin malam.

Mangsa yang berusia 51 tahun dan bekerja dengan syarikat pengawal keselamatan ditembak dua lelaki yang menunggang motosikal ketika dia berhenti di lampu isyarat pada pukul 9.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mazlan Kesah berkata suspek telah menghampiri kereta Honda Odyssey mangsa dan melepaskan beberapa das tembakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...