Panglima TLDM (dua, kiri) beramah mesra dengan veteran tentera pada Majlis Pemakaian Pingat Jasa Malaysia Kepada Veteran Tentera Malaysia di Pengkalan TLDM di Lumut, hari ini |
LUMUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus memfitnah dan mempolitik isu kapal selam Scorpene, terutama ketika berkempen.
Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata pihaknya mendapat maklumat ada beberapa calon pilihan raya yang berterusan mempertikai pembelian kapal selam terbabit selain mendakwa aset berkenaan tidak berfungsi.
"...saya dengar banyak cerita dan saya sedang mengumpul bukti.. saya cabar mereka untuk menzahirkan kenyataan itu secara bertulis jika mereka berani.
"Kemudian bersedialah untuk berhadapan dengan saman fitnah... kita sudah berlembut sangat dengan mereka sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan warga TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, di sini hari ini.