Lahad Datu, 28 Mac - Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.
"Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.