Ahad, 7 April 2013

MAJLIS RAMAH MESRA PM BERSAMA WARGA PESARA PEGAWAI TINGGI PDRM



Putrajaya, 7 April – Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri hadir meraikan 245 bersama para pesara pegawai polis pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Pesara Pegawai Tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu di Seri Perdana di sini hari ini. 

Dalam ucapan Perdana Menteri, kekuatan keanggotaan PDRM sekarang akan dipertambahkan lagi dari tahun ke tahun dengan jumlah 4,000 anggota setahun dan 1,000 motosikal akan ditambah lagi untuk tahun ini bagi Unit Rondaan Motosikal (URB). 

LAPAN CEDERA TERKENA TEMBAKAN RAMBANG - WOW NAK NAK JADI SPT AMERIKA SYARIKAT KE?

Gambar hiasan

Johor Bahru, 6 April - Lapan orang yang sedang menikmati makanan di sebuah restoran di Jalan Dedap, Johor Jaya, di sini cedera setelah terkena tembakan rambang yang dilepaskan tiga lelaki bertopeng dalam kejadian hari ini.

Ketika kejadian 1.30 pagi itu, kesemua mangsa sedang duduk di sebuah meja bulat mencuba resipi baharu yang diperkenalkan pemilik restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainudin berkata secara tiba-tiba tiga lelaki bertopeng melepaskan tembakan daripada kereta yang mereka naiki.

CUBA SERANG POLIS: LELAKI CEDERA DITEMBAK DI PUNGGUNG


George Town, 6 April - Akibat cuba menyerang anggota polis dengan sebilah parang, seorang lelaki disyaki penyamun cedera ditembak di bahagian punggung di Lorong Madras semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian 9.15 malam itu, suspek yang menunggang motosikal dilihat berkelakuan mencurigakan sebelum ditahan dua anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

23 PEGAWAI POLIS DILANTIK JURUCAKAP MUDAHKAN PENYALURAN MAKLUMAT PRU13


Kuala Lumpur, 6 April - Seramai 23 pegawai polis dilantik sebagai jurucakap mewakili 14 kontinjen polis seluruh negara untuk rujukan media dan orang ramai bagi memudahkan penyaluran maklumat sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusof berkata mereka juga merupakan jurucakap rasmi bagi kontinjen masing-masing yang boleh dihubungi untuk mendapatkan pengesahan berhubung sesuatu insiden semasa PRU13.

"Selain lantikan pegawai kanan polis bagi memantau dan memastikan proses pilihan raya di seluruh negara berjalan lancar, lantikan 23 pegawai ini juga membolehkan media serta orang ramai hubungi untuk dapatkan pengesahan sebarang maklumat atau insiden sebelum ia dirujuk terus kepada kepimpinan tertinggi.

KES DADAH, RUMAH POLIS DITEMBAK BERTALU-TALU DI SEREMBAN


Seremban, 6 April - Seorang pegawai polis dan keluarganya berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka di Taman Seremban Jaya, di sini ditembak bertalu-talu oleh dua lelaki, malam tadi.

Ketika kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pegawai polis berkenaan sedang tidur manakala isteri dan dua anaknya sedang menonton televisyen.

Jurucakap polis berkata, sebaik mendengar bunyi tembakan tersebut pegawai polis terbabit terjaga dari tidur dan terus menyelamatkan anak serta isterinya yang berada dalam keadaan ketakutan.

"Apabila tembakan itu berhenti anggota polis berkenaan terus meninjau di luar rumah dan melihat dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC melarikan diri," katanya di sini hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...