Rabu, 15 Ogos 2012

Pekerja kilang ditemui mati dengan kesan jerut

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kilang ditemui mati dengan kesan jerut di leher di sebuah pangsapuri di Taman Taming Jaya, Balakong dekat sini malam tadi.

Mayat Sabturiah Faizal, 19, ditemui dalam keadaan terlentang di atas lantai bilik tidur oleh kakaknya Samsiah, 30-an yang baru pulang bekerja di sebuah kilang berhampiran untuk berbuka puasa pada pukul 7 malam. 


"Adik tinggal berseorangan kerana dia bercuti dan saya pulang untuk berbuka dengannya," katanya ketika ditemui pemberita. 

Samsiah berkata walaupun tidak ada tanda rumah dipecah masuk, wang tunai berjumlah RM500 dan barangan kemas didapati hilang.


Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. - Bernama

Gadis Tawau dirogol dan dibunuh

SAMSIAH (bertudung kuning) menangis apabila mengetahui kematian adiknya yang dipercayai dibunuh. Gambar kecil SABTURIAH

KAJANG – Hasrat seorang pekerja kilang untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Tawau, Sabah tidak kesampaian apabila dia dirogol dan dibunuh dengan kejam di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong di sini kelmarin.
Mayat Sabturiah Faisal, 19, berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam.
Kakak mangsa, Samsiah Faisal, 27, ketika ditemui berkata, dia dan suaminya yang pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama Sabturiah terkejut melihat adiknya yang sudah tidak bernyawa di atas lantai di dalam bilik tidur gadis itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...