SHAH ALAM: Polis sedang memburu dua suspek dipercayai anggota sindiket curi kenderaan mewah yang dikenali sebagai Nyo Ah Hai @ Robin Hai.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kedua-dua suspek berada dalam senarai paling dikehendaki Bukit Aman dalam kes curi kereta berikutan Nyo yang dipenjarakan di Singapura tahun lepas.
"Lelaki
yang dicari polis ialah Lee Tuck Sang@Ah Sang, 38 dan Lim Poay Weng@Romeo 43,
masing-masing beralamat di Taman Bukit Mutiara Kajang, Selangor dan Desa Aulong
Utama, Taiping, Perak.