Memaparkan catatan dengan label Kes Rasuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes Rasuah. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Jun 2015

SPRM tahan tiga anggota polis kes terima rasuah

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman tiga anggota polis Klang Utara dan Klang Selatan hari ini bagi membantu siasatan kes menerima rasuah daripada seorang kontraktor bergelar Datuk.

Ketiga-tiga mereka ditahan di pekarangan sebuah restoran di Jalan Limau Gedung, Klang.

Mereka dipercayai menerima rasuah RM12,000 sebagai dorongan melepaskan enam warga China yang ditahan.

Daripada tiga anggota polis itu seorang berpangkat sarjan dan dua lagi lans koperal.

Seorang daripada mereka adalah wanita. Mereka berusia antara 27 dan 57 tahun.

Khamis, 29 Januari 2015

SARJAN TAMAK MENGUNDANG PADAH ?


KUALA LUMPUR: Seorang sarjan polis dihukum penjara dua tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah memperoleh rasuah daripada seorang pemilik kilang pisau.

Hakim Kamardin Hashim juga memerintahkan penjara lima bulan sekiranya tertuduh, Ahmad Sazali Md Desa, 55, gagal membayar denda itu.
Dalam keputusannya, Kamardin berkata mahkamah berpuas hati rayuan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Aida Adhha Abu Bakar mempunyai merit dalam kes itu.

Rabu, 19 November 2014

Rasuah: Dua pegawai tinggi kerajaan disiasat


KUALA LUMPUR 17 Nov. - Dua pegawai tinggi kerajaan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aktiviti penero-kaan tanah secara haram di Cameron Highlands, Pahang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, kertas siasatan dibuka berikutan terdapat maklumat mengenai kedua-dua pegawai yang bertugas di tanah tinggi tersebut, dikatakan hidup mewah melebihi pendapatan bulanan mereka.

Rabu, 20 Ogos 2014

Enam Penjawat Awam Antara 13 Yang Ditahan SPRM


KUANTAN: Sebanyak 13 individu ditahan di negeri ini atas kesalahan menawarkan rasuah kepada pihak berkuasa untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang atas pelbagai kesalahan dalam tempoh Januari hingga Jun lepas.

Pemangku Pengarah Penolong Kanan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Zainul Darus berkata daripada jumlah itu enam individu merupakan penjawat awam manakala tujuh lagi merupakan orang awam.

"Kesemua individu itu menghadapi 16 pertuduhan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan memberi atau menawarkan rasuah.

Selasa, 22 Januari 2013

2 anggota polis mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah

ALOR SETAR: Dua anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kota Setar, mengaku tidak bersalah masing-masing atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan nilai RM4,000 di Mahkamah Sesyen di sini, pagi tadi. 

Rabu, 21 November 2012

Dua Anggota Polis Dihukum Penjara 5 Tahun, Didenda Kerana Rasuah


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis dikenakan hukuman penjara lima tahun dan didenda RM75,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini apabila didapati bersalah atas tuduhan cuba memperoleh suapan RM15,000 daripada seorang lelaki, lima tahun lepas.
Rakannya, berpangkat Lans Koperal pula dijatuhi hukuman penjara lima tahundan didenda RM25,000 setelah didapati bersalah atas tuduhan memperoleh suapansebanyak RM5,000 daripada seorang wanita, lima tahun lalu.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Cif Inspektor Khairol Azhar Mohamad Mostar, 34, dan Lans Koperal Mohd Khaidir Sairon, 37, yang bertugas di Unit Risikan, Operasi dan Tahanan (ROT), Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...