I
POH, 11 Jun (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat
rombakan besar-besaran peringkat atasan di semua bahagian di Bukit Aman dalam masa terdekat,
kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.Katanya, setakat ini sekurang-kurangnya 20 anggota dari bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah pun ditukarkan.
"Peringkat bawahan JSJN kita dah mula buat beberapa pertukaran jadi ada sedikit lagi pertukaran kita akan buat.
"Tetapi suka juga saya nyatakan bahawa dalam tempoh terdekat ini PDRM akan membuat rombakan besar di peringkat atas, mungkin selepas raya," katanya kepada pemberita selepas program Singgah Sahur Warga PDRM bersama Ketua Polis Negara di sini, hari ini.