Selasa, 28 Ogos 2012

Parah ditetak kerana bertemu bekas kekasih


KUALA LUMPUR 24 Ogos - Hasrat seorang lelaki untuk menziarahi bekas kekasihnya sempena Hari Raya Aidilfitri, bertukar tragedi apabila dia cedera parah akibat ditetak sehingga hampir putus pergelangan tangannya yang dipercayai gara-gara cemburu buta.

Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 40 tahun mengunjungi rumah dipercayai bekas kekasihnya berusia 22 tahun di Flat Sri Melaka, di sini 1 Syawal lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang, gadis itu turut ditemani oleh seorang lelaki disyaki kekasihnya yang berusia 30 tahun lalu berlaku pertengkaran antara mereka.

Dua wanita Filipina ditemui mati di Kolombong, Sabah


Gambar hiasan
KOTA KINABALU 27 Ogos - Dua wanita Filipina ditemui mati di sebuah rumah tidak bernombor di Kolombong, dekat sini malam ini.

Mayat kedua-dua wanita itu ditemui di Kampung Cenderakasih, Kolombong kira-kira pukul 7 malam ini bersama tiga lelaki yang cedera parah.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP Jauteh Dikun mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Katanya, kes itu sedang disiasat dan polis akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. - BERNAMA

Peniaga Wanita nyaris menjadi mangsa samun


Tindakan pantas peniaga wanita pecut kenderaan elak jadi mangsa samun


SHAH ALAM: Cubaan empat lelaki untuk menyamun seorang peniaga wanita di Taman Paling Jaya, Semenyih, awal pagi semalam gagal dengan tindakan pantas wanita berusia 45 tahun berkenaan memecut kenderaannya untuk menyelamatkan diri.

Dalam insiden kira-kira 12.30 tengah malam itu, wanita itu yang berada dalam keretanya untuk pulang ke rumah selepas berniaga, dihampiri empat lelaki yang menaiki kereta Perodua Myvi. 


Dua daripada suspek kemudian keluar daripada kereta tersebut dan menghampiri kereta yang dinaiki mangsa sebelum memecahkan cermin tingkap kereta mangsa dipercayai untuk menyamunnya. 

"Terkejut dengan tindakan itu dan bimbang akan dicederakan suspek, mangsa kemudian segera memecut keretanya untuk menyelamatkan diri," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.




Katanya mangsa telah memandu keretanya ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.



Bertindak berdasarkan maklumat, katanya, empat lelaki yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 26 tahun ditahan di Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang pada kira-kira pukul 2 pagi semalam. 

Lelaki mati ditembak perompak di kafe siber di Jinjang


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati selepas ditembak seorang daripada dua suspek yang menyamun RM2,000 dari sebuah kafe siber di Taman Jinjang Baru di sini, awal hari ini. 

Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, mangsa yang berumur 34 tahun itu terkena dua daripada tiga das tembakan ketika cuba mengejar kedua-dua suspek yang melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa yang cedera parah di perut dan paha, meninggal dunia di Hospital Selayang. 

Penganggur maut dikelar

Gambar hiasan

BALIK PULAU – Seorang penganggur maut dipercayai dikelar dengan senjata tajam dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Pinang, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asistan Komisioner Mazlan Kesa berkata, mangsa, Ghadzali Ahmad, 53, yang tinggal bersendirian ditemui mati dengan kesan kelar di leher, manakalanya tangannya diikat di depan menggunakan kain pelikat yang dikoyak.

“Mangsa ditemui rakannya yang datang ke rumah kira-kira jam 10 pagi, untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan penyakit asma yang dihidapinya.

“Rakannya bertindak memecahkan pintu selepas panggilannya tidak berjawab sebelum menemui mangsa yang hanya berkain pelikat dalam keadaan terlentang dan seterusnya membuat laporan polis,” katanya.

Kes curi motorsikal berlaku hampir setiap hari

Gambar hiasan

NILAI – Hampir setiap hari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menerima aduan daripada orang awam yang melaporkan kehilangan motosikal di kawasan perumahan mereka.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang berkata, daripada laporan diterima, 80 peratus membuat aduan merupakan penduduk di kawasan rumah pangsa.

“Memang setiap hari ada sahaja laporan kita terima dan kadang-kadang ada dua atau tiga kes kehilangan motosikal di lokasi sama.

“Jika dulu kes curi motosikal banyak berlaku di kawasan bandar, tapi sekarang mereka mula menukar lokasi ke kawasan perumahan terutama rumah flat,” katanya.

Menurutnya, mereka menjadikan rumah pangsa sebagai sasaran berikutan kawasan terbabit mempunyai kapasiti penduduk ramai sehingga menyukarkannya untuk dikesan.

Pengubahan Wang Haram: Superintenden Polis Dipenjara Dua Tahun, Denda RM1.75 Juta


JOHOR BAHARU, 27 Ogos (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda berjumlah RM1.75 juta terhadap seorang pegawai polis berpangkat Superintenden kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram antara 2002 dan 2005.

Hakim Salawati Djambari membuat keputusan itu selepas mendapati Azmi Osman, 55, bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM3.8 juta ketika menjadi pegawai di Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Johor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...