Sabtu, 27 Jun 2015

Lelaki Ditahan Bersama 120 kilogram Syabu Dirampas


KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 120 kilogram dadah jenis syabu di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, di sini malam ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tangkapan terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dibuat Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

"Syabas lagi STING @PDRMsia tadi tangkap satu lelaki 24 tahun dan rampas 120 kg Syabu di Mutiara Complex, Jalan Ipoh, KL. Go PDRM Go," katanya dalam catatan terbaharu akaun Twitternya. - Bernama

Lelaki warga Myanmar maut ditikam rakan senegara

PUTRAJAYA - Seorang lelaki warga Myanmar maut ditikam rakan senegara dalam pergaduhan di rumah kongsi tapak pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dengkil, Selangor, awal hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Abdul Aziz Ali yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa dikenali sebagai Mya-kwnt meninggal dunia akibat tikaman pada rusuk kanan.
Beliau berkata, polis menerima laporan berhubung pergaduhan di tapak pembinaan itu melibatkan dua lelaki warganegara Myanmar pada pukul 1 pagi.
Katanya mangsa yang dibawa ke Hospital Putrajaya sejurus selepas kejadian meninggal dunia pada pukul 4 pagi.
"Suspek kejadian masih lagi bebas dan sedang diburu," kata Abdul Aziz. - Bernama

Penyamun Pam Minyak dikehendaki


Jelebu: Polis memburu seorang penjenayah yang menyamun sebuah stesen minyak di Simpang Durian, di sini, kelmarin, selepas kelibatnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu pada jam 9.40 malam bersenjatakan parang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Nordin Daud berkata, ketika kejadian terdapat dua kakitangan stesen minyak bertugas dengan seorang di kaunter manakala seorang lagi di luar.


Katanya, suspek memberhentikan kereta di pintu masuk kedai stesen dan terus ke kaunter sambil memegang sebilah parang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...