Memaparkan catatan dengan label Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING). Papar semua catatan

Selasa, 30 Jun 2015

Dua Lelaki Termasuk Warga Venezuela Ditahan, Dadah Bernilai RM25 Juta Dirampas


KUALA LUMPUR: Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia menumpaskan dua sindiket dadah dengan penangkapan dua lelaki termasuk warga Venezuela dan merampas dadah bernilai kira-kira RM25 juta Jumaat lepas.

Melalui dua operasi itu, polis merampas dadah jenis kokain seberat 2.8kg bernilai RM672,000 dan syabu seberat 120.65kg berjumlah RM24.13 juta serta menahan dua lelaki, seorang warga Venezuela berusia 62 tahun dan seorang warga tempatan berumur 24 tahun.

Sabtu, 27 Jun 2015

Lelaki Ditahan Bersama 120 kilogram Syabu Dirampas


KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 120 kilogram dadah jenis syabu di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, di sini malam ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tangkapan terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dibuat Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

"Syabas lagi STING @PDRMsia tadi tangkap satu lelaki 24 tahun dan rampas 120 kg Syabu di Mutiara Complex, Jalan Ipoh, KL. Go PDRM Go," katanya dalam catatan terbaharu akaun Twitternya. - Bernama

Sabtu, 2 Mei 2015

Polis rampas 1.4 juta pil erimin 5

KUALA LUMPUR Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) berjaya merampas 410 kilogram (kg) dadah jenis erimin 5 dalam operasi yang dilakukan di Bukit Bintang di sini kelmarin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitter miliknya berkata, dalam operasi itu, pihak polis turut menahan lapan orang suspek yang terlibat dengan kegiatan haram tersebut. Menurutnya, operasi tersebut dilakukan di dua buah premis dengan melibatkan rampasan 1.4 juta pil dengan nilai lebih RM21 juta.
Justeru, Khalid mengucapkan tahniah kepada pasukan STING ekoran kejayaan pasukan tersebut menumpaskan sindiket pengedaran dadah itu.
“Syabas STING@PDRMsia semalam tangkap lapan orang dan rampas 410kg dadah erimin 5 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur,” kata Khalid dalam akaun Twitternya.
Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...