Khamis, 19 Jun 2014

WANITA CEDERA BERGELUT DENGAN PENJENAYAH


Seremban: Seorang wanita pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) cedera di tangan kiri dan badan ketika bergelut dengan seorang penjenayah yang menyamunnya petang ini.
Dalam kejadian jam 2.30 petang di sebuah flat di Lobak, dekat sini, mangsa berada bersama rakan wanita dan tiga anak mereka berusia lingkungan tiga hingga empat tahun sebelum didatangi oleh suspek. 
Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Asisten Komisioner Zainal Abu berkata, suspek dipercayai warga tempatan berusia 20-an kemudiannya berpura-pura bertanya arah dan sebaik mangsa membuka sedikit pintu jeriji, suspek terus menolak dan masuk ke dalam rumahnya. 



Panel solar RM2 juta lesap


Nilai: Sebuah lori kontena membawa muatan panel solar yang dilarikan dalam kejadian samun di Putra Nilai, pagi ini ditemui semula di Rembau dekat sini, tadi.
Namun, panel solar terbabit seberat 3.8 tan dianggarkan bernilai lebih RM2 juta lesap disyaki dilarikan suspek. 
Ketua Polis Daerah Superintendan Abdullah Roning berkata, dalam kejadian jam 7.50 pagi, pemandu lori berusia 38 tahun turut diikat kedua tangan, mata dan mulut sebelum dilarikan dan ditinggalkan suspek di Jalan Labu, di sini. 


Menurutnya, mangsa tampil membuat laporan di balai polis berhampiran mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut, polis menemui lori kontena berkenaan ditinggalkan di Jalan Sawah Raja, Rembau dekat sini, iaitu kira-kira 80 kilometer dari lokasi kejadian.

Lagi suspek militan ditahan polis


Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 25 tahun yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata, suspek yang masih bujang itu ditahan dalam satu operasi khas selepas dikesan mempunyai kaitan dengan kegiatan militan. 
Menurutnya, tangkapan terbaru itu adalah susulan daripada operasi khas ke atas anasir-anasir militan yang dilancarkan Bahagian Counter Terrorism sejak 28 April lalu.


Mamat Khalid dirompak, rugi lebih RM100,000


IPOH - Pengarah terkenal, Mamat Khalid mengalami kerugian lebih RM100,00 apabila kediaman teres dua tingkat miliknya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya Timur, di sini dipecah masuk sekumpulan tiga lelaki, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, disedari isteri beliau, Hasmah Hassan, 50, ketika bangun untuk solat Subuh.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ketiga-tiga penjenayah itu memasuki kediaman berkenaan pada jam 3.30 pagi melalui tingkap bahagian tepi rumah yang diumpil.

Hasmah berkata, antara barangan yang dilarikan termasuklah sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton, kamera antik milik Mamat Khalid, iPad, gajet mainan mudah alih (PSP) dan wang tunai RM500.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...