IPOH -
Seorang lelaki dipercayai mengancam untuk menggegarkan ibu negara dan
meletupkan kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui laman
sosial Facebook berjaya diberkas polis, semalam.
Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten
Komisioner Mohd Fadzil Ahmat berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan dalam
serbuan oleh Unit Siasatan Terkelas (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
kira-kira jam 4.30 petang di Taman Damai, Parit Buntar.