Isnin, 7 Ogos 2017

ANGGOTA POLIS TEMBAK DIRI SENDIRI

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di Taman Rekreasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Setapak di sini hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mayat anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat polis Bukit Aman itu ditemui kira-kira 11.30 pagi bersama sekeping nota.  

Menurutnya, unit forensik polis turut menemui satu botol air kosong, sepucuk pistol berkaliber 38, satu kelongsong peluru dan sebutir peluru hidup.

"Hasil siasatan ke atas nota yang ditinggalkan menunjukkan mangsa dipercayai mempunyai masalah dengan keluarga," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.-Bernama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...