Selasa, 14 Januari 2014

Pengurus kilang disamun


BALIK PULAU - Seorang pengurus kilang yang sedang nyenyak tidur bersama keluarga di kediamannya mengalami kerugian kira-kira RM50,000 apabila disamun tiga lelaki awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin berkata, dalam kejadian pada jam 4.30 pagi itu, mangsa yang berusia 44 tahun sedang tidur bersama isterinya manakala dua anak perempuannya tidur di bilik berasingan di rumah tiga tingkat di Lintang Bukit Penara, dekat sini.

“Dari keterangan mangsa, ketika dia sedang nyenyak tidur, ada tiga lelaki yang memakai topeng menyerbu masuk ke dalam bilik lalu mengikat tangan mangsa dan isterinya.

Pelajar dakwa dicabul timbalan pengarah

Pelajar dakwa dicabul timbalan pengarah

SEREMBAN – Timbalan Pengarah sebuah jabatan, didakwa mencabul seorang pelajar praktikal di pejabatnya di Wisma Persekutuan, di sini.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku minggu lepas terbongkar selepas pelajar berusia 20-an itu mengadu kepada kakitangan jabatan berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian hanya mangsa dan suspek berada dalam sebuah bilik di pejabat berkenaan.

“Ketika mangsa sedang membuat kerja, suspek secara tiba-tiba menghampiri mangsa lalu mengusap pipi mangsa sebelum tangannya merayap ke anggota badan lain.

“Mangsa kemudian menepis tangan suspek kerana tidak selesa dengan kelakuan timbalan pengarah berusia lingkungan 40-an itu. Namun suspek tidak mengendahkannya lalu meneruskan niat jahatnya itu dengan penuh ghairah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Kerugian RM23,000 Doktor diragut depan rumah

Gambar hiasan
TELUK LIPAT – Seorang doktor sebuah klinik swasta kerugian kira-kira RM23,000 selepas beg tangannya yang mengandungi barangan berharga termasuk wang tunai dilarikan peragut di rumahnya, dekat sini, tengah malam semalam.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu dipercayai berlaku ketika doktor wanita berusia 45 tahun terbabit tiba di banglonya sebaik pulang dari klinik yang terletak di jalan Paka-Dungun.

Ketika sedang membuka pintu rumah selepas meletakkan kenderaan di garaj, tiba-tiba mangsa yang merupakan isteri kepada seorang usahawan tempatan, didatangi seorang lelaki tidak dikenali dari arah belakang lalu menyentap beg tangannya.

Difahamkan, berlaku sedikit pergelutan antara suspek dan mangsa dalam usaha peragut itu meloloskan diri sebelum suspek beredar dengan menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa yang sedang menunggunya di lokasi berhampiran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...