Isnin, 28 Februari 2011

CERAMAH POLITIK DI MASJID KIJING, MARANG????

MARANG - 28/02/11 - Menyakitkan telinga dibuatnya.  Setiap minggu dua kali ceramah politik di adakan di Masjid Kijing, Marang, Terengganu.  Yang menyedihkan ialah ceramah tersebut diperdengarkan dengan loudspeaker yang begitu kuat sekali.  Ustaz tersebut mengeluarkan kata-kata menghina kerajaan dan menghasut jemaah yang hadir.  Yang paling sedih sekali dan malangnya masjid tersebut adalah berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, Terengganu.  Ceramah diadakan selepas sembahyang Maghrib sehinggalah tibanya sembahyang Isyak.


Nampaknya Ustaz yang memberi ceramah tersebut telah cuba untuk mempermain-mainkan kewibawaan pasukan polis dengan mempersenda-sendakan, dan sememangnya mengharapkan pihak polis mendengar ceramah yang diadakan.  Ceramah politik sememangnya tidak dibenarkan dan perlu meminta permit daripada pihak polis, tapi lain yang berlaku di Masjid Kijing, Marang, Terengganu ini.


masjid adalah tempat perpaduan ummah dan bukannya tempat untuk memecah belahkan masyarakat. Sekiranya masjid digunakan sebagai landasan untuk berpolitik, sudah pasti ianya akan membawa perpecahan kepada qariah terbabit.


Ustaz yang memberi ceramah itu telah didapati beberapa kali memberi ceramah berbau politik di Masjid tersebut dan tidak memperdulikan masjid tersebut berdekatan dengan IPD Marang - jarak lebih kurang 100 meter saja.

Ubah Sikap Untuk Baiki Mutu Perkhidmatan

Setiap penjawat awam perlu memiliki sikap ingin berubah menjalankan tugas masing-masing, bagi membaiki imej perkhimatan kerajaan yang dikatakan masih berada di takuk lama.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah berkata, terdapat segelintir masyarakat luar menganggap mutu perkhidmatan yang ditawarkan kerajaan tidak banyak berubah dan masih wujud kesulitan ketika berurusan.


Katanya, pelaksanaan tugas di sektor kerajaan cukup berbeza jika dibandingkan pihak swasta di mana kakitangan agensi itu mempunyai nekad untuk berusaha lebih maju semata-mata ingin mencapai sasaran yang ditetapkan majikan dalam tempoh tertentu.

Koperal Jenain diarah bela diri kes tembak mati Aminulrasyid

SHAH ALAM, 28 Feb — Mahkamah Sesyen memutuskan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Koperal Jenain Subi dalam kes menembak mati remaja Aminulrasyid Amzah di sini, 26 April lalu.

Justeru, anggota polis berusia 48 tahun itu diarah membela diri pada 14 dan 15 April ini.

Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M. Athimulan dan Salim Bashir.

Ucapan Penghargaan oleh orang awam



NamaYEOH SWEN HOO
E-melyeohswenhoo@hotmail.com
Telefon
Tarikh7/2/2011 10:29:58 PM
TajukPenghargaan Kepada Kecekapan Team 4-Balai Polis Central J/B SELATAN
Maklum BalasNo Report: TAMAN PELANGI/001140/11

Saya dan keluarga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak polis yang telah berjaya mendapat balik barang-barang saya yang telah dirompak dalam masa 5 jam.
Saya, sebagai mangsa perompak telah membuat laporan polis pada 7/2/2011 lebih kurang 3.00 ptg. Saya disambut peramah oleh seorang Pegawai Polis dekat pintu masuk. Beliau mengambil catatan ringkas dan kami diarah untuk menunggu giliran membuat laporan bertulis. Seketika, beliau (sorry, namanya lupa ditanya) turun dan memberitahu satu 'announcement' sudah dibuat merata-rata untuk mengejar perompak yang saya laporkan di No Report: TAMAN PELANGI/001140/11/. Kemudian saya dibantu oleh KONST/P-Sarinah Bt Sahdan (R166959) untuk menyiapkan laporan. Lepas itu, saya diberitahu untuk membuat rujukan siasatan kepada C/Isp Sophian di B/P Permas Jaya. Lima minit selepas perjalanan kami ke B/P Permas Jaya, kami telah mnerima panggilan talipon Pegawai Hashim untuk kembali ke B/P Sentral.J/Bahru Selatan untuk 'mengecam' barang-barang serta 'suspect' yang mereka tangkap.
INCREDIBLE, EXCELLENT, saya nampak bag, I/C, kunci, driving licience etc.. yang saya laporkan hampir kesemua ada (kecuali handphone, dompet) dan duit. Ini memang sudah bagua sekali. 
Saya amat gembira sekali, dan ingin mengucapkan Ribuan terima kasih kepada TEAM 4-siasat jenayah kerana begitu CEPAT & CEKAP sekali berjaya menangkap perompak-perompak tersebut.
Seikhlas terima kasih dan semoga jasa-jasa mereka dapat di'recognised' or kenalpasti oleh semua pihak.

Saya yang benar.

Rakaman Penghargaan Dan Ucapan Terima Kasih Kepada PDRM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...