Jumaat, 25 Februari 2011

Police reject HRP appeal to hold rally

KUALA LUMPUR: Police have rejected an appeal by the Human Rights Party for a permit to organise a gathering and a parade at the KLCC this Sunday.
City police chief Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah said he received a letter of appeal from lawyers representing the party.
"I have considered the appeal and rejected it and thereby maintained the decision made by the Dang Wangi police chief not to issue a permit for the gathering and parade," he said in a statement.

Najib: Polis perlu tindak, kaum India wajar tolak Hindraf


KUALA LUMPUR, 25 Feb — Masyarakat India tidak perlu bergantung harap pada pertubuhan haram, Hindraf dalam memperjuangkan nasib mereka kerana kerajaan telah menjaga kepentingan kaum itu dengan sewajarnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kaum India seharusnya bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) yang mengambil berat terhadap masa depan dan kepentingan setiap kaum di negara ini.
“Soal kepentingan kaum India kita telah ambil tindakan, maknanya mereka tidak perlu pada Hindraf, mereka hanya perlu pada BN sahaja,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.
Najib (gambar) berkata beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang supaya pertubuhan itu tidak muncul kembali dan bergerak bebas walaupun ia telah diharamkan.

Isteri terpedaya !!

KUALA LUMPUR: Seorang lagi wanita menjadi mangsa kasanova yang menggunakan ketampanan dan ayat cinta bagi memperdayakan mangsa sebelum melarikan wang mangsa.

Sebelum ini, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Ken, 31, memperdayakan wanita yang termakan ayat-ayat cinta sebelum mengikis wang mereka dengan menggunakan taktik kononnya menghadapi masalah perniagaan. Terbaru, seorang wanita dari Singapura yang juga isteri kasanova terbabit dikenali sebagai Chen, 33, berkata, dia mengenali suaminya pada jamuan makan malam di sebuah hotel.

Menurutnya, sejak perkenalan itu hubungan mereka semakin rapat kerana dia tertarik dengan sikapnya yang romantis sehingga bersetuju berkahwin.

“Kami melangsungkan perkahwinan pada 2008, namun kini dalam proses perceraian selepas tembelangnya memperdayakan ramai wanita lain terbongkar. “Malah, saya turut mengalami kerugian apabila memberi wang kepadanya RM200,000 selepas kasihan dengan masalahnya. Namun, saya tidak sangka semua itu hanya sandiwaranya,” katanya ketika membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, Wisma MCA, di sini.

PPAS usaha bantu kurangkan jenayah juvana


SHAH ALAM, 25 Feb: Pengurangan indeks jenayah juvana melibatkan remaja antara hasrat besar Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dalam usaha membantu matlamat Kerajaan Selangor mencapai Negeri Idaman; Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.
Pengarah PPAS, Puan Mastura Haji Muhamad berkata, pihaknya membuka peluang seluas-luasnya kepada semua golongan masyarakat termasuk kalangan remaja untuk mengambil banyak manfaat yang terdapat di rangkaian PPAS di seluruh daerah.
Menurutnya, dari mereka melepak di tempat-tempat yang tidak berfaedah adalah lebih baik mereka berada di dalam perpustakaan yang kini sudah menjadi 'rumah kedua' kepada ahli-ahlinya.

Polis diminta siasat risalah berbaur hasutan

TEMERLOH, 25 Feb: Dewan Pemuda PAS Pahang membuat satu laporan di Balai Polis Temerloh, di sini petang tadi berhubung penyebaran risalah berbaur hasutan dan perkauman yang mahu memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Timbalan ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim membuat laporan itu yang turut disertai beberapa pemimpin dewan itu.
Katanya, laporan itu dibuat kerana risalah berkenaan disebarkan di dalam kawasan pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau.
Tambahnya, risalah yang bertajuk ‘Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan’ diterbit dan disebarkan oleh pihak tertentu untuk menghasut rakyat supaya membenci PAS dan Pakatan Rakyat.
Menurutnya lagi, risalah yang berbaur hasutan melampau itu boleh menimbulkan rasa keluh kesan di kalangan rakyat dan boleh menggugat ketenteraman awam.
Sehubungan itu, beliau memohon polis agar menyiasat risalah itu di bawah Akta Hasutan termasuk pihak yang menyebarkannya kerana menyelewengkan fakta Buku Jingga 100 Hari yang ditawarkan Pakatan Rakyat.
Harakahdaily 

Orang ramai jangan sertai perhimpunan Hindraf Ahad ini

2011/02/25

JASIN: Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai perarakan yang dirancang oleh pertubuhan haram, Hindraf di ibu negara, Ahad ini. 

Beliau berkata penganjuran perarakan itu tidak mendatangkan sebarang faedah.

Saravanan, yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, menyokong polis mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan itu memandangkan Hindraf adalah satu badan yang diharamkan kerajaan.

"Perhimpunan seperti itu akan mengganggu ketenteraman orang ramai dan mereka harus menjadikan pelbagai protes yang dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab pada masa lalu sebagai pengajaran," katanya. 

Lima ditahan DVD cetak rompak dirampas

25/02/2011 6:03pm
GEORGETOWN – Polis menahan lima lelaki dan merampas 2,400 keping DVD cetak rompak bernilai RM12,000 dalam serbuan di tiga kompleks membeli-belah sekitar bandar ini semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata seorang daripada mereka yang dipercayai pengedar, ditahan ketika cuba membakar DVD cetak rompak itu di hadapan pintu lif pusat membeli-belah Prangin Mall di sini apabila menyedari serbuan polis.
Beliau berkata serbuan di kawasan Bukit Jambul, Pulau Tikus dan Relau itu dibuat pada pukul 5.30 petang.
Empat daripada mereka yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 20-an manakala lelaki yang disyaki pengedar itu berusia 50 tahun.
Sementara itu, Gan berkata polis menahan 18 pendatang tanpa izin berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an dalam Ops Rantau di dua lokasi di bandar ini pada pukul 12.30 pagi ini.
Mereka yang ditahan ialah 10 rakyat Bangladesh, tujuh orang termasuk dua wanita rakyat Indonesia dan seorang wanita Mynmar, katanya. - Bernama

Tukang masak miliki dadah cuba beri rasuah

25/02/2011 8:45pm
NIBONG TEBAL — Polis menahan seorang tukang masak yang cuba memberikan sogokan sebanyak RM5,000 kepada polis bagi mengelak ditangkap kerana memiliki dadah di sebuah restoran di Jalan Bukit Tambun di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Supt. Shafien Mamat berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan bersama 30 biji pil Eramin 5 kira-kira pukul 2.50 petang.
"Hasil risikan dan maklumat awam, kita menyerbu restoran berkenaan dan menemui dadah berkenaan bersama lelaki terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, semasa soal siasat dijalankan, lelaki terbabit berulang kali merayu kepada pegawai penyiasat agar kes itu diselesaikan dengan bayaran kerana dia perlu menghadiri majlis perkahwinan adiknya, bagaimanapun pegawai penyiasat menolak dan menasihatinya.
"Dalam masa sama, seorang wanita berusia 43 tahun yang mengaku majikan lelaki terbabit datang menemuinya dan dipercayai memberikan wang sebelum tukang masak berkenaan memberikan wang itu kepada pegawai penyiasat bagi melepaskannya,” katanya.
Shafien berkata, sebaik tukang masak itu menghulurkan wang sebanyak RM5,000, pegawai penyiasat berkenaan terus merampas wang dan menahannya kerana memberi rasuah sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes dadah itu. — Bernama

Polis Selangor guna telefon pintar atasi jenayah

SHAH ALAM — Jalinan talian telefon pintar dan kemudahan teknologi terkini bagi penyaluran maklumat antara masyarakat dan polis mampu membantu mengatasi masalah jenayah, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
Beliau berkata, pengunaan telefon pintar mampu membantu menyalurkan maklumat dengan lebih cepat dan berkesan, selain menjalinkan hubungan dua hala antara polis dan masyarakat.
Selain itu, maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan dengan pantas secara serentak pada satu masa melalui jalinan talian telefon pintar dan kemudahan teknologi terkini antara semua peringkat polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan seluruh ibu pejabat polis daerah (IPD) di negeri itu, katanya.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menerima 25 unit telefon pintar dengan aplikasi komputer bersaiz komputer jenama Samsung Galaxy Tab sumbangan Chico Force (M) Sdn Bhd daripada pengerusi syarikat itu Datuk Nik Ismail Nik Yusof di sini hari ini. — Bernama

Hukuman pemandu langgar mati pelajar kekal

SHAH ALAM - 25/02/11— Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun atas seorang lelaki kerana kesalahan memandu kereta secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar lelaki berumur 17 tahun pada 2006.
Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid memutuskan sedemikian selepas menolak rayuan See Zheng Thiam, 26, dan turut mengekalkan hukuman denda RM5,000 atau enam bulan penjara.
Pada 19 Julai tahun lepas, Mahkamah Majistret Ampang menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh selepas didapati bersalah memandu kereta jenis Toyota RV4 nombor pendaftaran WAF 28 secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Low Wen Jie di Jalan Pandan Indah, Ampang Jaya dekat sini, kira-kira 9 malam pada 17 Julai 2006.
See didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000 dan penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih 10 tahun. — Bernama

Warga Zambia seludup syabu RM750,000 ditahan



SHAH ALAM: Hasrat seorang wanita warga Zambia menyeludup dadah dengan menyamar sebagai pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, gagal selepas bekalan yang dibawanya dikesan polis setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, kelmarin. 


Dadah seberat 2.7 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM750,000 itu ditemui disorok di bahagian bawah bagasi yang dibawanya selepas polis melakukan pemeriksaan rapi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata wanita berumur 24 tahun yang baru tiba dari Johannesburg, Afrika Selatan itu ditahan di kawasan mengambil bagasi selepas dia dilihat berkelakuan mencurigakan.

Bayi 2 bulan selamat daripada kena jual


 PEMBANTU Kebajikan Masyarakat Seberang Prai Tengah, Moliza Ismail memangku bayi yang diselamatkan sambil diperhatikan   Mohamad Zarir  di Pejabat JKM, Bukit Mertajam, semalam.
PEMBANTU Kebajikan Masyarakat Seberang Prai Tengah, Moliza Ismail memangku bayi yang diselamatkan sambil diperhatikan Mohamad Zarir di Pejabat JKM, Bukit Mertajam, semalam.
Polis tahan pasangan suami isteri, perantara bantu siasatan 

BUKIT MERTAJAM: Seorang bayi perempuan berusia dua bulan berjaya diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia dalam satu serbuan di sebuah rumah di Alma, di sini, bulan lalu. 

Bayi berkenaan yang kini berusia tiga bulan diselamatkan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah (SPT) ketika berada dalam jagaan pasangan suami isteri berusia lingkungan antara 50 hingga 60 tahun pada 24 Januari lalu.

Jurujual ditetak, dilanggar


 PEGAWAI perubatan memeriksa keadaan jurujual yang parah ditetak di Taman Tunas Manja 5, Kuantan,  petang kelmarin.
PEGAWAI perubatan memeriksa keadaan jurujual yang parah ditetak di Taman Tunas Manja 5, Kuantan, petang kelmarin.
Tangan kanan hampir putus dalam serangan bermotif dendam

KUANTAN: Seorang jurujual parah selepas tangan kanannya hampir putus ditetak dua lelaki menggunakan parang, selain mangsa turut dilanggar dengan kereta ketika cuba menyelamatkan diri, di Taman Tunas Manja 5, Lorong Air Putih di sini, petang kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, mangsa berusia 33 tahun diserang dua lelaki terbabit di hadapan rumahnya dengan kejadian dipercayai bermotifkan dendam.

Hukum gantung


MOHD NIZAM MOHAMAD  (tengah), 32,  dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kangar,  semalam, selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati    kerana  didapati bersalah membunuh seorang budak   perempuan berusia 22 bulan, pada November 2009.
MOHD NIZAM MOHAMAD (tengah), 32, dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kangar, semalam, selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana didapati bersalah membunuh seorang budak perempuan berusia 22 bulan, pada November 2009.
KANGAR: Mahkamah Tinggi semalam, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang lelaki selepas tertuduh didapati bersalah membunuh seorang budak perempuan berusia 22 bulan, pada November 2009 lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab mensabitkan kesalahan terhadap Mohd Nizam Mohamad, 32, selepas mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes mengatasi keraguan munasabah.

Dua daripada empat perompak yang baru lima minit menyamun tiga beradik berputih mata


KUALA LUMPUR, 23 Februari 2011 (Bernama) 


Dua daripada empat perompak yang baru lima minit menyamun tiga beradik berputih mata apabila ditahan polis dalam satu kejadian di Jalan USJ 10, Subang Jaya pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Subang Jaya Supt Abdul Aziz Abdul Majid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, tiga beradik berumur lingkungan 30an disamun selepas mengeluarkan wang dari sebuah mesin pengeluaran wang.

Tiga Warga Asing Ditahan Di KLIA Cuba Seludup Dadah RM1.28 Juta


SHAH ALAM, 24 Februari 2011 (Bernama) 


Tiga warga asing dipercayai cuba menyeludup dadah ke negara ini ditahan dalam pemeriksaan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada Ahad, Isnin dan Rabu, membabitkan rampasan 5.1kg dadah bernilai RM1.28 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Nordin Kadir, berkata dalam operasi pada 4 petang Ahad lepas, polis memberkas seorang lelaki warga Nigeria di kawasan tuntutan bagasi KLIA, dan merampas 1.4 kg syabu tersembunyi dalam 10 piston kereta yang dibawa dalam sebuah beg.

Tindakan Penyitaan - Sek. 4 (1) AMLATFA 2001

Orang Dikehendaki - JSJK Bukit Aman

KONSEP 4 P


Merujuk kembali ungkapan pertama YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara semasa mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara pada 13 September 2010, beliau berjanji akan bekerja berasaskan kepada 3 elemen,iaitu pertama; berpaksikan kepada bidangkuasa yang diperuntukan oleh undang-undang, kedua; memastikan PDRM terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan ketiga; menentukan kesejahteraan rakyat dan negara.

Sebagai mengulas mengenai elemen ketiga-tiga ungkapan tersebut dalam memberi perkhidmatan terbaik, YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar pada 30 September 2010 telah melancarkan 4P iaitu satu hala tuju PDRM di bawah kepimpinan beliau sebagai kesinambungan kepada misi dan visi PDRM. YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar juga menyeru agar semua lapisan warga Polis Diraja Malaysia menjiwai serta melaksanakan Konsep 4P iaitu:

PENGUMUMAN - Kadar Baru Kompaun Saman Trafik

Mangsa-Mangsa Kebakaran Kuarters PGA Pengkalan Chepa Terima Sumbangan

Pengkalan Chepa, Kelantan - 20 Feb 2011.

Empat daripada enam blok kuartes Pasukan Gerakan AM (PGA), Batalion 8 di Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan hangus dijilat api dalam kebakaran awal pagi semalam menyebabkan 16 keluarga tinggal sehelai pinggang.
Sehubungan itu, YDH Datuk Hussin Bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara serta rombongan dari Ibupejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman telah melawat mangsa-mangsa kebakaran dan menyampaikan sumbangan daripada Tabung Kebajikan PDRM sebanyak RM 5,000 kepada setiap keluarga. Pada masa sama, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa yang terbabit.
Turut hadir pada lawatan tersebut ialah YDH CP Dato' Khalid Bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH SAC Mazlan Bin Lazim, Timbalan Ketua Polis Kelantan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...