Sabtu, 26 Julai 2014

Lapan KPI wajib dicapai 10 OCPD di EssZone


KOTA KINABALU, 25 JulaiPesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya telah merangka lapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang wajib dilaksanakan dan capai oleh semua 10 Ketua Polis Daerah (OCPD) di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Katanya dua daripada KPI berkenaan sudah dilaksanakan oleh semua OCPD di kawasan berkenaan manakala selebihnya akan diumumkan dalam tempoh terdekat, selewat-leawatnya selepas Hari Raya Aidilfitri.

Jalaluddin berkata dua KPI yang telah dilaksanakan OCPD termasuk mengadakan pertemuan dengan nelayan dan pengusaha sangkar ikan serta mengadakan dialog dan perbincangan dengan persatuan nelayan.

10 Daerah ESSZONE jadi keutamaan

Semporna: Keselamatan 10 daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) perlu dijadikan keutamaan semua pihak bagi memastikan tiada lagi kemasukan anasir luar.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya memahami perintah berkurung dilaksanakan tidak mendapat sokongan 100 peratus masyarakat, namun isu pertahanan tetap menjadi keutamaan. 
“Kami faham dan ia bukan mudah dilaksanakan termasuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat, namun ketegasan perlu ada dalam melaksanakan perintah ini. 

Warga emas maut ditetak anak perempuan


Kuala Lumpur: Seorang wanita warga emas maut dipercayai ditetak anak perempuannya di sebuah rumah kedai di Jalan Sentul di sini, 10.30 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 74 tahun ditemui terbaring di atas tilam dalam keadaan berlumuran darah. 
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy, pihaknya maklum kejadian itu selepas menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa ibunya dipukul sampai mati oleh kakaknya yang kurang siuman.

"Pemeriksaan unit forensik mendapati mangsa mati akibat ditetak
dengan senjata tajam di bahagian kiri muka," katanya.
Beliau berkata, ekoran kejadian itu pihaknya menahan anak mangsa berusia 45 tahun dan akan direman bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Anak kapal ditembak perompak


Johor Bahru: Seorang anak kapal cedera ditembak perompak dalam kejadian di perairan Pengerang kira-kira 2.5 batu nautika barat laut Teluk Ramunia, Kota Tinggi, malam tadi.

Mangsa dipercayai warga Indonesia cedera di leher dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi selepas dibawa ke Jeti Marina Tanjung Pengelih. 

Ketua Penguat Kuasa Maritim Tanjung Sedili Kapten Amran Daud berkata, pihaknya terima maklumat kejadian itu berlaku pada jam 10.40 malam. 

Menurutnya, dua bot ronda dan sebuah kapal maritim diarahkan ke lokasi bagi memberi bantuan kepada
kapal tangki MT Jix Iang yang berdaftar di Ulan Bator, Mongolia.

Katanya, kesemua perompak berkenaan dilihat melarikan diri ke arah Pulau Lima selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Kapal berkenaan membawa 14 kru yang terdiri daripada tujuh warga Myanmar, seorang warga China dan enam rakyat Indonesia.


Polis, SKMM siasat pihak sebar berita palsu


Kuala Lumpur: Polis menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial kononnya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, keluar agama Islam dan memeluk Kristian Katolik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihak Istana Selangor ada menghubunginya semalam, dan memaklumkan berita yang tersebar itu adalah palsu. 

“Kita sudah menerima satu laporan berhubung kes ini di Selangor dan kita bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengesan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu ini.  #MEREKA YANG MERANCANG SERTA MERENCANAKAN AGENDA JUGA AKAN DIKESAN DAN DIAMBIL TINDAKAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...