Rabu, 8 Oktober 2014

Polis siasat semua termasuk menteri


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengamalkan tangkapan terpilih hanya kepada aktivis dan ahli politik pembangkang.
Khalid berkata, polis akan mengambil tindakan sekiranya terdapat laporan polis yang dibuat tidak kira terhadap menteri atau dirinya sendiri.
"Bila laporan polis dibuat kita akan jalankan siasatan.
"Kita tidak perlu hebohkan kepada dunia orang ini disoal dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan keselamatan di I-City, Shah Alam hari ini.
Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada polis mengambil tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di Pengkalan Kubor, Kelantan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendakwa, ucapan Zahid ketika itu berunsur hasutan kerana mengatakan DAP terlibat semasa krisis Perlembagaan di Perak pada 2009.
"Tidak kira siapa, menteri atau saya sendiri (akan siasat).
"Bagaimana cara siasatan itu terserah kita,” katanya. – 8 Oktober, 2014.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...