Jumaat, 2 November 2012

Dua Rakyat Malaysia, Satu Warga India Ditahan Di Pusat Pemeriksaan Woodlands


SINGAPURA: Pegawai imigresen Singapura menahan dua lelaki warga Malaysia dan seorang lelaki warganegara India yang dipercayai cuba di seludup keluar oleh mereka, selepas memeriksa sebuah lori treler berdaftar di Malaysia di pusat pemeriksaan Woodlands di sini.
Pemandu lori treler dan penumpang warga Malaysia itu yang kedua-duanya berumur 28 tahun kelihatan resah apabila pegawai imigresen menahan kenderaan itu untuk pemeriksaan pada 11.55 malam semalam, menurut Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam kenyataan pada Jumaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...