KUALA LUMPUR: Pihak
berkuasa Malaysia berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan maklumat dari Thailand
bahawa dua rakyat Turki berketurunan Uighur yang disyaki merancang serangan pengganas di Thailand sedang
menuju ke Malaysia.
Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis dan agensi-agensi lain di
semua pintu masuk dan keluar dari negara ini telah diletakkan dalam keadaan
berjaga-jaga "Kita sedang memantau keadaan," katanya, Sabtu.