KUALA LUMPUR 15 Ogos - Pengarah
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, DATUK SERI ZULKIFLI ABDULLAH dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK), Kementerian Dalam Negeri berkuatkuasa hari ini.
Menurut surat dalaman pertukaran
tersebut, Zulkifli akan menjalankan tugasnya dengan memangku Pesuruhjaya Polis
Utama A serta elaun yang sama.
Surat tersebut ditulis oleh Ketua
Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad
Fuzi Harun semalam.
Pelantikan Zulkifli bagi mengisi
jawatan terbabit susulan persaraan penyandangnya, Datuk Dr. Abd Halim Mohd.
Hussin. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: KLIK DISINI