PERLU DISEGERAKAN DISELURUH NEGARA.
BUKIT
BERUANG - Polis di negeri ini akan melakukan pengambilan seramai 500 lagi
anggota polis sukarelawan tahun ini sebagai langkah memastikan usaha pencegahan
dan pembanterasan jenayah lebih berkesan dan efektif.
Ketua
Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, tindakan itu juga sebagai mengatasi
masalah nisbah anggota polis dengan penduduk di negeri ini yang tidak seimbang.
Beliau berkata, di daerah Melaka Tengah sahaja, seorang anggota polis perlu menjaga 587 penduduk atau nisbah 1:587 sekali gus tidak mencukupi dengan trend jenayah yang kian berubah pada masa kini.