MARANG -
Banduan yang melarikan diri dari Penjara Marang sejak 14 hari lalu berjaya
ditahan polis petang semalam di Kampung Padang Tanjung Bukit Payong di sini.
Ketua Polis
Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata penahanan banduan
yang berusia 23 tahun tersebut adalah hasil maklumat daripada orang awam.
"Pihak
polis kemudiannya ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan yang dilakukan kita
mengesahkan lelaki tersebut merupakan banduan yang sememangnya dikehendaki
pihak polis setelah melarikan diri dari Penjara Marang pada 24 Januari
lalu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.