Jumaat, 10 Mei 2019

JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD PDRM (JIPS) DIBUBAR ???


PUTRAJAYA 10 MEI - KETUA POLIS NEGARA, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) BERPUAS HATI dengan proses perbincangan berhubung penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) hari ini.

Dalam perbincangan yang berjalan lebih sejam itu, jelas beliau, pegawai-pegawainya telah diberi peluang seluas-luasnya untuk memberi pandangan atau menzahirkan rasa tidak puas hati dan pihaknya telah mendapat jawapan jelas serta amat memuaskan hati dari GOVERNANS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH NEGARA (GIACC).

PESARA POLIS BANTAH IPCMC - KLIK DISINI

KUALA LUMPUR 4 MEI - PERSATUAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN POLIS BERSARA MALAYSIA (RESPA) AKAN MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN KETUA POLIS NEGARA UNTUK MEMBINCANGKAN MENGENAI ISU PENUBUHAN SURUHANJAYA BEBAS ADUAN DAN SALAH LAKU POLIS (IPCMC).

PRESIDENNYA, TAN SRI MOHD. ISMAIL CHE RUS BERKATA, PERTEMUAN TERSEBUT ADALAH UNTUK MENYUARAKAN KEBIMBANGAN DAN KEPUTUSAN UNTUK MENUBUHKAN IPCMC YANG MENDAPAT REAKSI NEGATIF SEBELUM INI.

IPCMC PERLU DINILAI SEMULA MEMANDANGKAN ADA BEBERAPA LAGI BADAN-BADAN PEMANTAU LAIN SEPERTI SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM), SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993, BIRO PENGADUAN AWAM DAN LAIN-LAIN.



MOHD. ISMAIL BERKATA, PDRM SENDIRI TURUT MEMPUNYAI JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD (JIPS) YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMANTAU ASPEK PERILAKU DAN SALAH LAKU DALAM KALANGAN PEGAWAI DAN ANGGOTA.

TAMBAHNYA, DARIPADA KERAJAAN MEMBAZIRKAN WANG DENGAN MEMBUAT SATU SURUHANJAYA BAHARU, LEBIH BAIK DIPERTINGKATKAN PERANAN DAN FUNGSI BADAN PEMANTAU SEDIA ADA KE TAHAP YANG LEBIH BAIK. - UTUSANONLINE 

“Perkara-perkara yang menjadi kebimbangan di pihak PDRM telah pun diyakinkan oleh GIACC bahawa kekuatiran tersebut jauh meleset. Sebenarnya IPCMC memberi banyak ruang dan peluang kepada PDRM. Ia tidak sekali-kali menghakis atau menghilangkan kuasa yang ada pada PDRM.

“Saya amat bangga dengan kendalian yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai saya yang bangun berhujah dengan penuh tertib dan tidak ada suara-suara melenting apabila mengetengahkan hujah-hujah mereka. Saya amat bersyukur,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, penubuhan IPCMC diteruskan selepas tiada halangan daripada pihak PDRM hari ini.

Beliau berkata, ke arah itu kertas Kabinet tentang penubuhan IPCMC dijangka akan dibentang selepas Hari Raya Aidilfitri.

Pada 2 Mei lalu, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan sebagai berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi mengemukakan bantahan berhubung beberapa perkara membabitkan penubuhan IPCMC.

Mohamad Fuzi memberitahu, antara perkara yang diusulkan berhubung penubuhan IPCMC, terutamanya menarik kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) di bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, mendapat bantahan daripada banyak pihak dalam PDRM.

Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa SPP yang dianggotai oleh Menteri Dalam Negeri akan bertanggungjawab atas pelantikan, promosi dan semua isu mengenai tatatertib pegawai polis. - UTUSAN ONLINE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...