Ahad, 5 Ogos 2012

Lelaki Mati Ditembak Ketika Sedang Lepak Bersama Rakan Di Serdang Perdana


KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Akibat dendam, seorang lelaki dipercayai pengawal kelab malam mati ditembak di Serdang Perdana dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian mangsa yang dikenali sebagai K.Silvan, 27, ditembak dalam jarak dekat ketika sedang lepak dan minum bersama dua lagi rakannya di bahu jalan pada kira-kira 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata mangsa ditembak satu das di kepala serta dua das di bahagian badan dan polis tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan dendam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...