Selasa, 15 Disember 2015

RM500,000 lesap, ahli perniagaan muda dirompak

Gambar hiasan
SHAH ALAM, 10 Disember: Seorang ahli perniagaan muda kerugian RM500 ribu selepas kediamannya di samun empat lelaki di sebuah banglo mewah di Seksyen 13, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu, tangan mangsa diikat dan dikurung di dalam bilik utama bersama isteri dan dua anaknya yang berusia 6 bulan dan tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, empat suspek dipercayai warga Indonesia masuk ke dalam rumah menggunakan tangga yang berada di belakang rumah sebelum mengumpil tingkap banglo dua tingkat itu.

Menurutnya, suspek membawa lari barang kemas dan jam tangan yang dianggarkan RM500,000.

Rumah anak TPM dirompak


KUALA LUMPUR, 15 Disember:

Anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah dipercayai mengalami kerugian kira-kira RM25,000 selepas rumah yang didiaminya di Country Height, Kajang dipecah masuk awal pagi tadi.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Difahamkan, kejadian tersebut adalah kali kedua berlaku selepas April tahun lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...