Selasa, 29 Mei 2012

GENG TIKUS MASUK PERANGKAP


Johor Bahru - Kelicikan kumpulan penyamun dan pecah rumah bergelar Geng Tikus mendalangi 35 kes jenayah sejak setahun lalu, berakhir apabila lima ahlinya ditahan. 

Polis merampas pelbagai barangan termasuk perakam audio, set pembesar suara, televisyen, komputer riba, biola, gitar dan telefon bimbit dengan nilai keseluruhan, termasuk kenderaan yang dirampas berjumlah RM350,000.

JSJN SELANGOR RAMPAS DADAH BERNILAI RM5.2 JUTA


DADAH BERNILAI RM5.2 JUTA DIRAMPAS: Sebanyak 158,950 biji pil khayal jenis Eramin 5 dan ekstasi bernilai RM5.25 juta dirampas ketika serbuan oleh JSJN Selangor di sebuah sebuah rumah teres yang dipercayai dijadikan stor menyimpan dadah berkenaan di Taman Kinrara, Puchong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Nordin Kadir berkata dua lelaki warga tempatan yang berusia 30 dan 36 tahun ditahan reman selama seminggu dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Pengawal keselamatan dipenjara 2 minggu kerana mencuri

Image Detail
KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan dipenjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai barangan termasuk enam bungkus coklat dari sebuah pasar raya, empat hari lepas.
Majistret Parvin Hameedah Natchair memerintahkan Binnie Armi, 25, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 Mei.
Bapa kepada dua orang anak itu didakwa mencuri enam bungkus coklat, cermin mata, sehelai jaket dan sepasang kasut yang kesemuanya bernilai RM143.40 di pasar raya di Jalan Silang di sini pada 11.30 pagi, pada 25 Mei lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda. – BERNAMA

Ubah wang haram: Rakyat Malaysia dipenjara


MELBOURNE – Seorang rakyat Malaysia hari ini dipenjara lima tahun sembilan bulan setelah didapati bersalah melakukan pengubahan wang haram A$6.2 juta dalam tempoh lima bulan di Australia dan menghantarnya ke China, lapor The Age Online.
Wong Lai Yean ditahan di sini November lepas dan pihak berkuasa menemui wang tunai A$63,000, enam telefon bimbit dan resit deposit tunai A$191,000 dalam beg sandangnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...