Khamis, 1 November 2012

Deejay Hot FM Terengganu disamun, wang hantaran lesap

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU 31 Okt. - Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu mengalami detik cemas setelah disamun dua lelaki bersenjatakan pisau lipat di Jalan Pusara di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian 12.15 pagi tadi, mangsa Mohd Hermansani Aminudin, 29, yang memandu keretanya bersendirian dalam perjalanan untuk minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin di sini.

Menurut mangsa, ketika kejadian dia baru pulang dari sebuah bank untuk memasukkan duit hantaran perkahwinannya namun operasi bank ATM telah tutup.

Rampas 450 senjata api sejak 2010

Gambar hiasan

SEBANYAK 450 senjata api yang dimiliki secara haram di Malaysia dirampas hasil penguatkuasaan pelbagai agensi penguat kuasa dari 2010 hingga kini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, ia menunjukkan aspek penguatkuasaan bagi menghalang kemasukan senjata api secara haram melalui pintu masuk di Malaysia sentiasa dipertingkat.


Tangan mangsa ditetak dengan parang oleh penyamun

Gambar hiasan

GOMBAK: Seorang pekerja kilang kerugian RM2,500 selepas disamun dua lelaki bersenjatakan parang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Melayu, Desa Jaya, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa berusia 40 tahun menaiki motosikal melalui Jalan Sierramas, sebelum tiba-tiba dipintas sebuah motosikal dinaiki dua lelaki yang mengarahkannya supaya berhenti.


Menurut sumber, mangsa pada mulanya enggan berhenti dan memecut laju namun gagal apabila lelaki itu mengekori dan menghalang laluan mangsa menyebabkan terpaksa menekan brek secara mengejut.



ATM siasat dakwaan

Gambar hiasan

SUBANG JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyiasat dakwaan bapa Rafik Mohammed Ariffin, 28, yang dikatakan pesara tentera berpangkat leftenan kolonel dan pernah bertugas di Beirut, Lubnan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima maklumat berhubung perkara itu namun siasatan lanjut akan dijalankan.


Menurutnya, pihaknya menyerahkan kes membabitkan dua individu terbabit kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengambil alih kes itu kerana mereka mempunyai unit khas akan memantaunya dan ATM hanya membantu sekiranya diperlukan.



Gadis dicolek ke Pulau Batam diselamatkan


KAMPUNG GAJAH: Misteri kehilangan seorang remaja perempuan, Norshahirah Zaman Huri, 17, sejak 10 hari lalu terjawab apabila mangsa dikesan hampir berkahwin dengan seorang pemuda dari Pulau Batam, Indonesia, tetapi dihalang jurunikah di negara itu.

Difahamkan, jurunikah yang juga ketua masyarakat pulau berkenaan menghalang pernikahan itu selepas mendapati mangsa rakyat Malaysia dan di bawah umur untuk berkahwin.


Susulan itu, jurunikah terbabit menahan Norshahirah dan menyerahkan teman lelakinya dikenali sebagai Patah kepada pihak berkuasa republik itu kerana disyaki menculik mangsa.



Polis Cari Dua Lelaki Berhubung Kes Curi Komputer


KUALA LUMPUR: Polis sedang mencari dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung tiga kes kecurian peralatan komputer canggih bernilai lebih RM1.2 juta.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria berkata mereka ialah Kiranan Surendren, 20, dan Siva Kalaiselvan, juga 20, masing-masing dari Jalan Landai Permai, Sungai Besi, dan Taman Sejahtera, Segambut.

Suspek Kes Tembak Anggota Polis Di Gua Musang Mati Ditembak

KUALA LUMPUR: Dua suspek yang terlibat dalam kes tembakan yang mencederakan seorang anggota polis dalam sekatan jalan raya di Gua Musang pada Isnin telah ditembak mati oleh polis.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata suspek berjaya melarikan diri selepas menembak Lans Koperal Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan, 27, di dada di Taman Tropika pada pukul 1 pagi.
Beliau berkata suspek kemudiannya merampas dan melarikan kereta Myvi bersama-sama seorang bayi di dalamnya.
Bagaimanapun suspek tidak dapat pergi jauh kerana pihak polis berjaya mengesan kereta berkenaan dan suspek mati dalam kejadian tembak-menembak dengan anggota polis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...