Khamis, 1 November 2012

Rampas 450 senjata api sejak 2010

Gambar hiasan

SEBANYAK 450 senjata api yang dimiliki secara haram di Malaysia dirampas hasil penguatkuasaan pelbagai agensi penguat kuasa dari 2010 hingga kini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, ia menunjukkan aspek penguatkuasaan bagi menghalang kemasukan senjata api secara haram melalui pintu masuk di Malaysia sentiasa dipertingkat.


“Sehingga kini langkah penguatkuasaan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk kerjasama antarabangsa berjaya mengawal dan meminimumkan kes pemilikan senjata api secara haram.



“Sungguhpun rampasan senjata api menerusi operasi pembanterasan adalah rendah, namun pihak berkuasa meletakkan jenayah ini sebagai teras dalam operasi di sempadan supaya jenayah ini dapat ditangani. Kita masih dapat mengawal jenayah ini,” katanya menjawab soalan tambahan M Manogaran (DAP-Teluk Intan).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...