Khamis, 1 November 2012

ATM siasat dakwaan

Gambar hiasan

SUBANG JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyiasat dakwaan bapa Rafik Mohammed Ariffin, 28, yang dikatakan pesara tentera berpangkat leftenan kolonel dan pernah bertugas di Beirut, Lubnan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima maklumat berhubung perkara itu namun siasatan lanjut akan dijalankan.


Menurutnya, pihaknya menyerahkan kes membabitkan dua individu terbabit kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengambil alih kes itu kerana mereka mempunyai unit khas akan memantaunya dan ATM hanya membantu sekiranya diperlukan.



Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Beirut, dihadapkan ke Mahkamah Tentera Lubnan kelmarin, atas tuduhan menganggotai kumpulan militan al-Qaeda. Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal, 21, dan Rafik Mohammed Ariffin, 28, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu sebaik mereka dibawa ke mahkamah berkenaan pada jam 10 pagi (4 petang waktu tempatan). 

Harian Metro Isnin lalu melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan sedang menjalankan siasatan untuk bertemu dua rakyat Malaysia, berusia 21 dan 28 tahun yang ditahan pihak berkuasa Lubnan di Beirut kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, buat masa ini pihak berkuasa Lubnan masih menjalankan siasatan dan pihaknya sedang memantau perkembangan kes itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...