RASAH 15 April
- Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden memeriksa kereta peronda
(MPV) polis semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau,
Sabtu lalu, ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.
Perintah reman
terhadap suspek berusia antara 36 hingga 52 tahun itu
dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban di sini, selepas
mereka dibawa oleh pihak polis ke mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi.
Ketiga-tiga
lelaki dipercayai PENYOKONG PAKATAN HARAPAN (PH) itu direman
sehingga 17 April ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen
186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Mereka terlebih
dahulu dilihat tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki trak polis dan
berpakaian lokap serta tangan masing-masing bergari.
Semalam,
pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop memberitahu, suspek
pertama yang bekerja sebagai jurujual kenderaan berusia 52 tahun diberkas di
daerah ini tengah hari kelmarin.
Kata beliau,
polis seterusnya menahan seorang lagi suspek yang bekerja sebagai
pemandu lori berusia 36 tahun dan seorang peniaga ayam berusia 37
tahun di Rantau, manakala TIGA LAGI SUSPEK MASIH DIBURU POLIS.
Pada hari
pengundian PRK DUN Rantau 13 April lalu, lima lelaki dipercayai penyokong PH
bertindak memeriksa sebuah MPV polis di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di Rantau, Rembau.
Kejadian itu
berlaku kira-kira pukul 6 petang semasa dua anggota polis berpangkat sarjan dan
koperal melakukan tugas membantu kawalan lalu lintas dan mahu mengiringi kertas
undi PRK DUN Rantau.
Lima lelaki
terbabit telah meminta anggota polis berkenaan membuka but MPV polis tersebut
kerana mengesyaki kenderaan itu membawa kertas lebihan undi, namun mereka
akhirnya tidak menemukan kertas undi yang didakwa. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: KLIK DISINI