KUALA KANGSAR, 18 Jun: Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dan anggota polis
yang berjaya mengawal keselamatan sepanjang tempoh kempen pilihan
raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar, Selangor,
sejak hari penamaan calon 5 Jun lepas.
Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun bertugas semasa bulan
Ramadan, namun ia bukanlah penghalang untuk mereka memastikan kelancaran proses
kempen kedua-dua PRK itu.
“Tahniah kepada pegawai dan anggota PDRM, mudah-mudahan tiada
insiden yang berlaku hari ini (hari pengundian),” katanya.