PETALING JAYA: Selepas ugutan membakar mercun di
mahkamah baru-baru ini, terkini sebuah kumpulan yang menggelarkan diri sebagai
Anak Malaysia Anti Demokrasi (Amad) memuat naik klip video ugutan bunuh
terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Video
berdurasi 1.27 minit dimuat naik di YouTube itu mengugut membunuh Khalid dengan
meletupkan keretanya, sebagai desakan untuk beliau meletak jawatan.
Ia
digambarkan pada akhir video itu dengan seorang lelaki bertopeng membawa kereta
mainan di hadapan lelaki dengan muka bertutup dan membakar kereta tersebut
menggunakan pemetik api disusuli bunyi letupan.