Khamis, 28 Mei 2015

Kubur besar Perlis: 12 polis ditahan


KUALA LUMPUR: Seramai 12 anggota polis ditahan berhubung kes penyeludupan manusia di sempadan Malaysia-Thailand berikutan penemuan 139 kubur dan 28 kem di Wang Kelian, Perlis, kelmarin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan anggota polis berkenaan manakala empat lagi polis ditahan agensi itu sendiri.

"Ia masih dalam siasatan sama ada mereka terbabit secara langsung atau hanya menjadi orang tengah kepada sindiket penyeludupan itu untuk masuk ke Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...